Wednesday, August 31, 2005

Bunyi "hizzing" kek enjin Wave 125

Pagi tadi, cam biaso... tak sabar nak honjut Ombak 125 eden tuh. Sampai kek heway....... totibo zaassss..... satu lagenda sudah potong. Lopeh tu satu RG Sport pulak bodosup.... eehhhhh..... tak boleh jadi...

Zasssss..... eden pulak lah yang bodosup.... tak lamo dah kek bolakang Lagenda ti dah...... cadang'an nak konvoi dongan dio sampai exit Kajang.

Speed mulo naik sampai 110, 120, 130km/h. Memang botow teh kau Shah, Lagenda ni memang boleh po'ie sampai 130km/h. Kek jalan ghato memang eden full throttle. Kek mondaki pun gitu.... masih kek bolakang RG dan Lagenda. Tapi bilo monurun, Ombak mulo boghalon ganeh..... bilo Lagenda tu sangkut kek bolakang lori... eden toghuih zasssss..... lopeh tu tak nampak dah Lagenda tuh....

Tapi bukan tu yang eden nak coghito.......

Bilo eden maintain full throttle lamo sket..... ado bunyi "hissing" (berdesing) kek enjin. Mulo-mulo eh, eden ingat bunyi angin kek visor eden. Eden pusing sket kighi dan kanan, bunyi tu totap ado. Jadi memang sahlah bunyi enjin.

Eden naik ghisau sobab bunyi yang botukar mondadak mungkin disobabkan ado yang tak kono dongan enjin. Eden polahan, 110... masih ado bunyi...100.. masih ado bunyi.. 90 pun masih bunyi... 80 dan main-main throttel sekt... baghulah bunyi tu hilang. Eden maintain balik 90-100km/h.

Maso bunyi tu ado tak do tando loss power. Speed tak monurun. Tiado tando menunjukkan ado masalah pada enjin. Eden jadi heran. Bilo sampai opis... eden dongar enjin kalau-kalau ado bunyi yang polik... tapi tak do. Bunyi clicking macam biaso yo.....

Sobonar eh, eden dah poghasan bunyi ni, lamo dah. Tapi masih under observation. Tapi hari ni eden nak mintak pondapat owner Wave 125 lain. Ado tak koghang mongalami masalah yang samo?

Thursday, August 18, 2005

Setkan Tepet Wave 125

He... he... he...

Tigo ompek haghi lopeh, eden hangin sket sobab Ombak tu susah start pagi. Eden memang suspek ado problem kek tepet tuh. Jadi malam tadi eden bukak. Eden check clearing. Eiiikkk... tak do gap plak kek tepet exhaust valve. Eden tokan kick starter utk tukar position piston.... tak do gap jugak.

Hampeh kolapo... hampeh tobu... sogalo hampeh... cciiiittt porraaahhhhh....... mekanik kodai tu adjust sampai tak gap langsung..... patutlah asyik mati yo bilo idling.... tak cukup compression maso firing..............

Tadi maso bukak tepet cover pakai spana saiz 8. Ado 2 skru kono bukak. Bilo nak longgar'an skru tepet, eden cobo jugak spana 8..... aaaiiikkkkkk tak muek laaaaaa. Pakai spana 10..... haaaaa... logga pulak..... biar botow nih......

Ambik spana 9... ehm baghu boleh ... tu pun longga sket....... kasi longga itu skru... pusing sket itu tepet adjuster...... tokan-tokan tengok boleh main tak..... maleh nak ukur... feeler gauge eden ado dalam tool box... tapi maleh nak kuarkan. Eden ingat dulu... maso kek sokolah... gap tepet adolah 18-21 thou..... atau 0.18 - 0.21mm.

Tutup dan start... ehmmmm logo ati eden.... sonang yo start walaupun enjin dah sojuk.... tapi.... kliking lak pulak kuek bona....

Bukak balik dan kasi adjust la'ie. Maso adjust tuh... eden kasi ngaaaammm.... dan kotatkan skru.... tapi bilo kotat'an... adjuster tu ikut pusing. Patutlah pomen kodai tu tak porasan yang gap tu dah tak do.... sobab dio tak check balik lopeh dio kotatkan skru adjuster tuh..... hampeeehhhh.....

Jadi eden kasi gap banyak sket dan kotatkan skru adjuster. Bilo dah botow-botow kotat, sokali la'ie eden check clearing tuh.... bilo dah ngam, baru tutup cover dan test.... cuuunnnnn....

Pagi ni... sonang yo start... idling pun steady yo...... pick up pun improve sket.... kek heway pun kelajuan constant tak kigho ghato mondaki atau monurun...... pergghhhh.... pueh hatiiiii........

Eden toghingat pulak member eden koba........ Ombak ni motor China........ eden tak cayo... ni motor Jopun + Siam...... dio totap ngato'an motor China..... malam tadi eden mulo chayo. Kalau Jopun takkan pakai skru yang nak international standard. mano ado enjin/motor/kenderaan Jopun pakai skru 9mm. Dioghang akan guno 8,10,12,14 dan lelain yang gonap.

Bukak pakai spana 9mm tu sobonar eh..... skru tu adalah saiz imperial. Ini saiz zaman-zaman ponjajah dulu...... eden ingat dulu guno spana 9 untuk bukak skru kek basikal racing eden jonih Raleigh Pursuit yang Made in England......... cumo non-standard engineering yo yang mungkin masih guno saiz ni...... macam kek tompek yang engineering section masih mudo....... China......

Capo boleh confirm perihal ini..... he... he... he.....

Uji Pandu Wave 125

Motor ni eden boli second-hand. Eden po'ie kodai tu bukan nak angkut Ombak 125 nih, tapi Dinamik 120. Tapi, bilo sampai kodai, tengok sobijik Ombak 125, masih cantik, baru jalan 5082km. Pucuk dicito ulam mendatang. Motor ni pun dan bikin sket...... rim sukan dan tayar tanpa tiub. Sojarah memang sudah terbukti.... kalau ado Honda......... Yamaha, Suzuki, Modenas just do not matter...... macam ikan sembilang gak.......

Ombak 125 ni bukan Honda Cup dulu-dulu. Sesapa yang tidak dapatk menghilangkan "feel" menunggang versi-versi dulu akan merasa kuciwa dongan Ombak 125 nih. Engine characteristic adalah jauh berbeza. Memang ado komplain..... "Ombak 125 tak boleh lari"..... memang betul kalau cubo nak rentap dia dari kelajuan 40km/h kek top gear.

Dari segi rekabentuk, memang nampak sporty. Tapi tidak sojauh mano dari rupa siri Class dan Ombak 100. Kito kono perhati lamo-lamo untuk dapat menghargai reka bentuk motosikal ini. Kalau sokali pandang yo, macam kapcai biaso yo.

Frame, mungkin masih dari model dulu. Eden tidak dapek membezakan bona dari siri Class dan Wave 100. Fork depan samo, tapi yang sobolah kanan jenis yang boleh bubuh caliper disc brake. Swing arm, sebijik, cuma ada extra holder untuk skrukan kotak rantai (kotak rantai ni amat praktikal, lopeh 2 minggu pun rim sukan eden tuh masih putih molopak). Tetapi dari segi kualiti besi yang digunakan untuk kerangka, eden tak pasti samado samo atau berbezo dari siri-siri yang dulu.

Teknologi enjin memang berbezo. Rekabentuk luaran pun jauh berbeza. Menurut sumber yang boleh dipercayai, enjin baru 125 ini, lebih terperinci. Mempunyai banyak alas-alas bebola pada bahagian-bahagian yang bergerak. Ini memberikan rasa ringan bila enjin ini di revkan. Tetapi bukanlah sumo eh yang baik. Bertambahnya moving parts, membuatkan bertambahnya bunyi gerakan bahagian-bahagian enjin ini.

Bila dihidupkan waktu pagi, enjin Ombak 125 ni agak degil dan malas. Susah nak bagi idle. Asyik mati yo balik. Dah lama sket barulah dia akan melahu/idle dengan steady. Bunyi enjin jugak agak gemersik, macam ada bunyi moving part. Tidak seperti enjin Dream, Ombak 100 dan Class 1, yang super smooth dan seolah-olah very-very well lubricated. Eden tak pasti ini hanya pada Ombak 125 eden je, atau pada semua model.

Brek adalah satu bonus menarik. Brek belakang drum biasa, tetapi brek depan adalah disc brake yang amat berkesan. Kengkadang, eden tolupo nak guno brek bolakang sobab brek dopan ni dah cukup berkuasa untuk memberhentikan Ombak 125 nih.

Tunggangan, ehmmm... inilah yang perlu diperkatakan. Gear satu memberikan tarikan yang agak malas. Bukan seperti Class atau Ombak 100 yang amat berkuasa tapi pendek. Gearing Ombak 125 membuatkan eden toringat kek Kriss 1. Gear 1 Ombak 125 ini agak malas tapi boleh ditarik panjang. Gear-gear seterusnya pun begitu. Secara purata, gear 1 boleh ditarik sehingga 30km/h, gear 2 sehingga 60km/h, gear 3 sehingga 90km/h dan gear 4......... eden dapek sehingga 125km/h dilebuhraya.

Tukaran gear juga berbeza dongan "Honda Cup" dulu. Gear lembut tetapi kalau combination of RPM tak cantik, ia berbunyi agak kuat. Paling ketara adalah pada gear 2. Tetapi kalau koghang dan biaso, kengkadang rasa macam tukar gear motor ada klac pulak, smooth and steady, terutama dari gear 3 ke gear empat.

Dalam keadaan tunggangan biasa, motor ini perlu di rev agak tinggi. Kalau anda inginkan "short burst type of engine", anda akan keciwa. Ia perlu ditunggang dengan bersemangat. Gear-gear perlu ditukar mengikut keperluan. Koghang tak perlu risau, menurunakn gear pada kelajuan 70km/h dari gear empat ke gear tiga, akan menyebabkan jerking yang tidak menyenangkan, tetapi tidak akan membuatkan tayar belakang menggelongsor. Lopeh beberapa kali, anda akan berasa seronok kerana pecutan hasil tukaran sebegini agak memberangsangkan. Engine drag tak sekuat model-model dulu, sobab tu, tayar tak menggelongsor masa down shift.

Kalau kat KL, dalam jem, paling seronok mencilok pada gear 3 dan empat. Perah je..... no question ask. Sesekali kena gak masuk gear 2. Dan kalau sangkut kat traffic light, lupakan gear lain... terbaik hanyalah gear 1. Kalau koghang cuba nak jalan dari stand-still pada gear 2...... ehmmmmm..... menyampaaahhhhh....

Di jalan-jalan biasa, Ombak 125 ini cukup seronok ditunggang. Meta kelajuan akan dongan mudah bermain antara 90 - 110km/h. Pada kelajuan ini, koghang tidak akan dipotong lagi oleh kenderaan lain, kecuali Proton Wira dengan ekzos sport yang memang tidak kenal erti perlahan. Anda boleh menunggang sepanjang hari dengan Ombak 125 ini, tanpa rasa jemu. Eden bagi golaran "Fun kapcai" pada motor ni.

Eden balun Ombak 125 ini sepanjang jalan Semenyih-Seremban. Bila sampai di Bukit Mantin, banyak keto dan lori. Tapi motor ini masih boleh mendaki dengan segar pada gear empat. Berjaya sampai kepuncak pada kelajuan sekitar 80km/h tanpa sebarang masalah. Selekoh.... ehmmm... lepas ye throttle sket... lean dan perah balik........... tak de problem langsung... tapi tak sampai cecah foot peg lah......

Di jalan Putrajaya-Dengkil-Nilai-Seremban 2, pengalaman yang sama, menarik, smooth. Potong kereta, potong lori, miring kiri, miring kanan.... kalau ada lekuk dalam.... perlahan beb... kang kok molambung punggung ekau.......

Tetapi system gantungan (suspension) agak mengeciwakan. Absorber belakang, typical Honda Cup, terlalu kurang serapan dan damping, menghasilkan henyakan yang tidak selesa bila melanggar lekukan yang dalam. Motor juga akan bergoyang jika handle bar di tekan secara mengejut. Jika inginkan tunggangan yang lebih syok, absorber belakang perlu ditukar dengan yang lebih baik. Absorber depan perlu direndahkan sket.

Walaupun suspension system tak berapa baik, tapi mengambil selekoh tak da masalah pulak. Typical Honda, macam NSR gak, membuai kalau langgar line kunign tepi jalan, tapi kalau knee sliding, okey jeee. Eden tak ponah ambik selekoh sampai mencecah lutut, tapi pernah jumpo sorang mamat kek Putrajaya ni, yang kona macam masuk GP. Konfiden yo dia buek cam tuh. Seram bulu tongkuk eden.

Petrol.... ehmmmm agak menarik. Penggunaan sama macam Class 1. Satu tank RM5.50 dengan mudah boleh dapek 140km. Jadi kalau long-distance memang tak do masalah. Tangki petrol agak kebelakang, memberikan sedikit ruang untuk bubuh tools dan baju hujan kek bawah seat. Convenient.

Tapi, eden rasa, yang paling menarik pasal Ombak 125 ini....... pagi eden tak sabar nak po'ie kojo..... dan bilo dah sampai opis, eden tak sabar nak balik pulak.... the 1 hour in the morning and 1 hour in the afternoon..... adalah satu yang amat dinanti-nantikan.... begitulah seronoknya menunggang Ombak 125 ini.

Sekarang nih, dah lobih 1000km eden dongan Ombak 125 nih. Pengalaman dongan motor nih memang ......... syoookkkkkkk...... tapi eden kono akur, ini Ombak 125, bukan 125Z atau RG Sport........................ kalau ko nak koja Elegan kau akan kuciwa.... kalau nak koja Elite 150 pun kau akan kuciwa gak..... satu ari tuh eden kono kencing kek Ombak 100... pompuan cilik bawak... solambo yo dio cruise 120km/h pogang handle sobolah tangan.... dan pagi ini, Si Karisma Kapoor pulak titik eden dan Ombak 125 eden tuh........ ehmmmmmmm.....

Kalau dibandingkan keadaan enjin semasa eden ambik dulu dan sekarang, selepas lebih 1000km, tiada perbezaan. Masih kliking halus, masih solid. Cuma masa ambil dulu, tepet disetkan agak renggang. Bunyi tepet kuat, tapi pick-up dan top jugak lebih baik. Dulu, maso kek heway, 120km/h adalah angka mudah. Sekarang, setting dah buat standard, tepet rapat sket. Pecutan agak lambat sket, top speed pun lambat nak capai, tetapi enjin lebih lembut dan smooth. Eden lobih suko begini.

Kuantan.... JB.... Cameron.... Ipoh.... Lumut.... or even Penang, Kuala Perlis...... dokek yo kalau dongan Ombak 125 nih......

Thursday, August 04, 2005

Angkut Wave 125

04 Ogos 2005, eden ajak gepren eden gi tengok. Dio tak reject. Tapi dio koba kalau ambik scooter lagi cun.

Eden koba, scooter tu baghu, mahal plak tuh. Eden tak larat. Dio tak do komen lobih. Lopeh tu dio koba "OK".

Eden pun confirm angkut itu Wave 125. Mintak kuar ari tu jugak. Maso tu dah sonjo, dalam kul 7.00pm gitu....

Suko ati eden dapek motor baghu

Wednesday, August 03, 2005

Honda Wave 125

Ari Rabu 3 Ogos 2005, eden gi kodai motor sobab toringat kek satu Dinamik. Eden nak angkut dinamik tu sobab plate no 1610 tu menarik.

Bilo sampau kodai, bukan Dinamik yang eden test ride, tapi sobuah Wave 125 second-hand.

Motor ni baru 4 bulan owner lamo pakai. Mileage pun baru 5,000km. Keadaan masih cantik. Eden test ride kek taman perumahan bolakang kodai tu. Syok gak motor nih. Eden koba kek tokeh kodai, eden nak book motor ni, sok pagi ee tuu.