Motor ni eden boli second-hand. Eden po'ie kodai tu bukan nak angkut Ombak 125 nih, tapi Dinamik 120. Tapi, bilo sampai kodai, tengok sobijik Ombak 125, masih cantik, baru jalan 5082km. Pucuk dicito ulam mendatang. Motor ni pun dan bikin sket...... rim sukan dan tayar tanpa tiub. Sojarah memang sudah terbukti.... kalau ado Honda......... Yamaha, Suzuki, Modenas just do not matter...... macam ikan sembilang gak.......
Ombak 125 ni bukan Honda Cup dulu-dulu. Sesapa yang tidak dapatk menghilangkan "feel" menunggang versi-versi dulu akan merasa kuciwa dongan Ombak 125 nih. Engine characteristic adalah jauh berbeza. Memang ado komplain..... "Ombak 125 tak boleh lari"..... memang betul kalau cubo nak rentap dia dari kelajuan 40km/h kek top gear.
Dari segi rekabentuk, memang nampak sporty. Tapi tidak sojauh mano dari rupa siri Class dan Ombak 100. Kito kono perhati lamo-lamo untuk dapat menghargai reka bentuk motosikal ini. Kalau sokali pandang yo, macam kapcai biaso yo.
Frame, mungkin masih dari model dulu. Eden tidak dapek membezakan bona dari siri Class dan Wave 100. Fork depan samo, tapi yang sobolah kanan jenis yang boleh bubuh caliper disc brake. Swing arm, sebijik, cuma ada extra holder untuk skrukan kotak rantai (kotak rantai ni amat praktikal, lopeh 2 minggu pun rim sukan eden tuh masih putih molopak). Tetapi dari segi kualiti besi yang digunakan untuk kerangka, eden tak pasti samado samo atau berbezo dari siri-siri yang dulu.
Teknologi enjin memang berbezo. Rekabentuk luaran pun jauh berbeza. Menurut sumber yang boleh dipercayai, enjin baru 125 ini, lebih terperinci. Mempunyai banyak alas-alas bebola pada bahagian-bahagian yang bergerak. Ini memberikan rasa ringan bila enjin ini di revkan. Tetapi bukanlah sumo eh yang baik. Bertambahnya moving parts, membuatkan bertambahnya bunyi gerakan bahagian-bahagian enjin ini.
Bila dihidupkan waktu pagi, enjin Ombak 125 ni agak degil dan malas. Susah nak bagi idle. Asyik mati yo balik. Dah lama sket barulah dia akan melahu/idle dengan steady. Bunyi enjin jugak agak gemersik, macam ada bunyi moving part. Tidak seperti enjin Dream, Ombak 100 dan Class 1, yang super smooth dan seolah-olah very-very well lubricated. Eden tak pasti ini hanya pada Ombak 125 eden je, atau pada semua model.
Brek adalah satu bonus menarik. Brek belakang drum biasa, tetapi brek depan adalah disc brake yang amat berkesan. Kengkadang, eden tolupo nak guno brek bolakang sobab brek dopan ni dah cukup berkuasa untuk memberhentikan Ombak 125 nih.
Tunggangan, ehmmm... inilah yang perlu diperkatakan. Gear satu memberikan tarikan yang agak malas. Bukan seperti Class atau Ombak 100 yang amat berkuasa tapi pendek. Gearing Ombak 125 membuatkan eden toringat kek Kriss 1. Gear 1 Ombak 125 ini agak malas tapi boleh ditarik panjang. Gear-gear seterusnya pun begitu. Secara purata, gear 1 boleh ditarik sehingga 30km/h, gear 2 sehingga 60km/h, gear 3 sehingga 90km/h dan gear 4......... eden dapek sehingga 125km/h dilebuhraya.
Tukaran gear juga berbeza dongan "Honda Cup" dulu. Gear lembut tetapi kalau combination of RPM tak cantik, ia berbunyi agak kuat. Paling ketara adalah pada gear 2. Tetapi kalau koghang dan biaso, kengkadang rasa macam tukar gear motor ada klac pulak, smooth and steady, terutama dari gear 3 ke gear empat.
Dalam keadaan tunggangan biasa, motor ini perlu di rev agak tinggi. Kalau anda inginkan "short burst type of engine", anda akan keciwa. Ia perlu ditunggang dengan bersemangat. Gear-gear perlu ditukar mengikut keperluan. Koghang tak perlu risau, menurunakn gear pada kelajuan 70km/h dari gear empat ke gear tiga, akan menyebabkan jerking yang tidak menyenangkan, tetapi tidak akan membuatkan tayar belakang menggelongsor. Lopeh beberapa kali, anda akan berasa seronok kerana pecutan hasil tukaran sebegini agak memberangsangkan. Engine drag tak sekuat model-model dulu, sobab tu, tayar tak menggelongsor masa down shift.
Kalau kat KL, dalam jem, paling seronok mencilok pada gear 3 dan empat. Perah je..... no question ask. Sesekali kena gak masuk gear 2. Dan kalau sangkut kat traffic light, lupakan gear lain... terbaik hanyalah gear 1. Kalau koghang cuba nak jalan dari stand-still pada gear 2...... ehmmmmm..... menyampaaahhhhh....
Di jalan-jalan biasa, Ombak 125 ini cukup seronok ditunggang. Meta kelajuan akan dongan mudah bermain antara 90 - 110km/h. Pada kelajuan ini, koghang tidak akan dipotong lagi oleh kenderaan lain, kecuali Proton Wira dengan ekzos sport yang memang tidak kenal erti perlahan. Anda boleh menunggang sepanjang hari dengan Ombak 125 ini, tanpa rasa jemu. Eden bagi golaran "Fun kapcai" pada motor ni.
Eden balun Ombak 125 ini sepanjang jalan Semenyih-Seremban. Bila sampai di Bukit Mantin, banyak keto dan lori. Tapi motor ini masih boleh mendaki dengan segar pada gear empat. Berjaya sampai kepuncak pada kelajuan sekitar 80km/h tanpa sebarang masalah. Selekoh.... ehmmm... lepas ye throttle sket... lean dan perah balik........... tak de problem langsung... tapi tak sampai cecah foot peg lah......
Di jalan Putrajaya-Dengkil-Nilai-Seremban 2, pengalaman yang sama, menarik, smooth. Potong kereta, potong lori, miring kiri, miring kanan.... kalau ada lekuk dalam.... perlahan beb... kang kok molambung punggung ekau.......
Tetapi system gantungan (suspension) agak mengeciwakan. Absorber belakang, typical Honda Cup, terlalu kurang serapan dan damping, menghasilkan henyakan yang tidak selesa bila melanggar lekukan yang dalam. Motor juga akan bergoyang jika handle bar di tekan secara mengejut. Jika inginkan tunggangan yang lebih syok, absorber belakang perlu ditukar dengan yang lebih baik. Absorber depan perlu direndahkan sket.
Walaupun suspension system tak berapa baik, tapi mengambil selekoh tak da masalah pulak. Typical Honda, macam NSR gak, membuai kalau langgar line kunign tepi jalan, tapi kalau knee sliding, okey jeee. Eden tak ponah ambik selekoh sampai mencecah lutut, tapi pernah jumpo sorang mamat kek Putrajaya ni, yang kona macam masuk GP. Konfiden yo dia buek cam tuh. Seram bulu tongkuk eden.
Petrol.... ehmmmm agak menarik. Penggunaan sama macam Class 1. Satu tank RM5.50 dengan mudah boleh dapek 140km. Jadi kalau long-distance memang tak do masalah. Tangki petrol agak kebelakang, memberikan sedikit ruang untuk bubuh tools dan baju hujan kek bawah seat. Convenient.
Tapi, eden rasa, yang paling menarik pasal Ombak 125 ini....... pagi eden tak sabar nak po'ie kojo..... dan bilo dah sampai opis, eden tak sabar nak balik pulak.... the 1 hour in the morning and 1 hour in the afternoon..... adalah satu yang amat dinanti-nantikan.... begitulah seronoknya menunggang Ombak 125 ini.
Sekarang nih, dah lobih 1000km eden dongan Ombak 125 nih. Pengalaman dongan motor nih memang ......... syoookkkkkkk...... tapi eden kono akur, ini Ombak 125, bukan 125Z atau RG Sport........................ kalau ko nak koja Elegan kau akan kuciwa.... kalau nak koja Elite 150 pun kau akan kuciwa gak..... satu ari tuh eden kono kencing kek Ombak 100... pompuan cilik bawak... solambo yo dio cruise 120km/h pogang handle sobolah tangan.... dan pagi ini, Si Karisma Kapoor pulak titik eden dan Ombak 125 eden tuh........ ehmmmmmmm.....
Kalau dibandingkan keadaan enjin semasa eden ambik dulu dan sekarang, selepas lebih 1000km, tiada perbezaan. Masih kliking halus, masih solid. Cuma masa ambil dulu, tepet disetkan agak renggang. Bunyi tepet kuat, tapi pick-up dan top jugak lebih baik. Dulu, maso kek heway, 120km/h adalah angka mudah. Sekarang, setting dah buat standard, tepet rapat sket. Pecutan agak lambat sket, top speed pun lambat nak capai, tetapi enjin lebih lembut dan smooth. Eden lobih suko begini.
Kuantan.... JB.... Cameron.... Ipoh.... Lumut.... or even Penang, Kuala Perlis...... dokek yo kalau dongan Ombak 125 nih......
No comments:
Post a Comment